Tuesday, November 28, 2017

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP

ASAM PEDAS

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan jenahak
1 kuntum bunga kantan
1/2 biji bawang besar di hiris nipis
1 biji tomato di potong baji
5 sudu makan cili kisar
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Air asam jawa

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
1 biji buah keras
1 batang serai

PROSES MASAK
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit minyak, kemudian masukkan cili kisar dan gaul sehingga masak sempurna.

Bila cili telah cukup masak, masukkan air asam dan air masak secukupnya. Masukkan juga buah tomato dan juga bunga kantan.  Biarkan mendidih.

Akhir sekali masukkan ikan, bawang besar yang di hiris, garam secukup rasa dan masak sehingga ikan masak sempurna.


Taburkan serbuk lada hitam dan gaul perlahan supaya ikan tak hancur.  Matikan api.

No comments:

Post a Comment