KICAP
Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang
mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah
kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat
daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain
itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada
penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut
kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
RESEPI AYAM KICAP
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
500gm ayam daging.
kicap manis secukupnya
1 cawan air
Sedkit gula
1 biji bawang holand yang di potong
kasar
PROSES MASAK
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
Gorengkan ayam sehingga separuh suku
masak. Bila ayam semua telah habis di
goreng, tinggal kan sedikit aje minyak
dalam kuali dan masukkan semula ayam
yang telah di goreng ke dalam kuali.
Tuang kicap manis ke dalam kuali dan
gaul rata. Masukkan air dan juga gula ke dalam kuali dah biarkan mendidih
sehingga menjadi pekat.
Taburkan bawang holland dan gaul
rata. Sedia untuk di hidang.
No comments:
Post a Comment