Wednesday, November 29, 2017

RESEPI BABY SAWI GORENG SOTONG

SAWI

Sawi atau kai choy merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Sawi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia banyak ditanam di kebun-kebun sayur dan di perkarangan rumah dan popular digunakan dalam masakan harian. Rasa sawi adalah lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila dimakan.

Sawi boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.

RESEPI BABY SAWI GORENG SOTONG
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
12 tangkai baby Sawi
15 ekor sotong saiz kecil
 cendawan telinga kera
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji cili merah - dipotong nipis
1 uals bawang putih - diketuk
sedikit lada hitam ditumbuk halus
3 sudu besar sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah serta masukkan lada hitam. Kacau hingga naik bau.

Masukkan sotong dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan  sedikit garam dan gula secukup rasa.


Akhir sekali masukkan baby Sawi dan cendawan telinga kera.. Angkat dan boleh dihidangkan..

No comments:

Post a Comment