Thursday, November 16, 2017

RESEPI IKAN BAUNG MASAK LEMAK

Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.

Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah memancing ikan ini dengan sabun.

Ikan baung biasanya dielakkan sekiranya berlaku kecelakaan di sungai karena pernah dijumpai jari manusia di dalam perut ikan baung. Tapi rasa ikan baung ini tidak ada bandingnya apalagi selepas dibakar atau dipesmol (acar kuning).

BAHAN BAHAN
4 ekor ikan baung-potong ikut suka
4 cawan santan cair
 2 cawan santan pekat
2 kpg asam keping
garam secukup rasa

BAHAN BAHAN KISAR/KETUK
2 batang serai ( diketuk)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
15 biji cili api kampung

PROSES MASAK
Bersihkan ikan, perap dengan jus asam limau dan sedikit garam dalam 10 - 15 minit.  Kemudian cuci semula dan toskan.

Tumbuk atau kisar bahan bertanda* bersama sedikit serbuk kunyit serta garam   dan ketuk hujung serai.

Masukkan  semua bahan yang telah di tumbuk kedalam periuk.

Masukkan juga santan cair dan kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.

Bila mendidih masukkan ikan bersama asam keping dan santan pekat.

Masukkan garam dan biarkan sebentar baru padam api.

No comments:

Post a Comment