Ikan Baung
atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang
terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Ikan baung
terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu
mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah
induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan
5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar
atau usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah
memancing ikan ini dengan sabun.
Ikan baung
biasanya dielakkan sekiranya berlaku kecelakaan di sungai karena pernah
dijumpai jari manusia di dalam perut ikan baung. Tapi rasa ikan baung ini tidak
ada bandingnya apalagi selepas dibakar atau dipesmol (acar kuning).
BAHAN BAHAN
4 ekor ikan baung-potong ikut suka
4 cawan santan cair
2
cawan santan pekat
2 kpg asam keping
garam secukup rasa
BAHAN BAHAN
KISAR/KETUK
2 batang serai ( diketuk)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
15 biji cili api kampung
PROSES MASAK
Bersihkan
ikan, perap dengan jus asam limau dan sedikit garam dalam 10 - 15 minit. Kemudian cuci semula dan toskan.
Tumbuk atau
kisar bahan bertanda* bersama sedikit serbuk kunyit serta garam dan ketuk hujung serai.
Masukkan semua bahan yang telah di tumbuk kedalam
periuk.
Masukkan
juga santan cair dan kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.
Bila
mendidih masukkan ikan bersama asam keping dan santan pekat.
Masukkan
garam dan biarkan sebentar baru padam api.
No comments:
Post a Comment