Sunday, November 19, 2017

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

BAHAN BAHAN
1 kilo ikan cencaru - dibersihkan dan belah bahagian belakang.

BAHAN DIKISAR
4 biji cili merah
3 bawang merah
2 cm belacan

PROSES MASAK
Bawang merah , cili dan belacan diblend atau tumbuk.

Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakangnya.Ikan dilumur dengan garam dan kunyit , kemudian disumbat cili blend tadi dibahagian belahan belakang ikan. Jangan masuk terlalu banyak cili dibahagian belakang ikan sebabnya bila mengoreng cili tu akan terkeluar.

Panaskan 2 cawan minyak dan bila minyak sudah panas masukkan ikan seekor demi seekor dengan perlahan-lahan.Gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya ikan jangan menjadi hangit. Kulit ikan cencaru yang tebal akan melindungi isinya dari menjadi terlalu garing.

Bila ikan sudah kelihatan garing boleh la diangkat dan ditos dahulu .Ikan sudah masak, sedap sangat.Hanya cara memasak begini saja baru suami saya akan makan ikan cencaru kalau tidak dia tak suka makan ikan cencaru katanya isi ikan cencaru tak manis dan kurang sedap.

No comments:

Post a Comment