KACANG PANJANG
Kacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikan
sayur atau ulam. Ia tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Bahagian yang
dijadikan sayur atau ulam adalah buah pokok tersebut. Ia mudah didapati di
kawasan panas di Asia.
RESEPI KACANG PANJANG
GORENG DENGAN SOTONG
BAHAN BAHAN
Sotong - banyaknya
ikut suka (bersihkan dan toskan)
Kacang
panjang-dipotong menyerong
1 ulas bawang putih
- diketuk
1 labu bawang besar
-dipotong bulat
1 biji cili merah -
dipotong menyerong
sedikit kicap manis
1 sudu teh kunyit
serbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak utk
menumis
PROSES MASAK
Panaskan minyak dlm
kuali. Tumiskan bawang putih. Masukkan sotong, kunyit serbuk dan garam. Kacau
rata.
Apabila sotong dah
hampir masak, masukkan kacang panjang, bawang besar, cili merah dan kicap.
Kacau rata. Bila dah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment