Thursday, November 30, 2017

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.di sana.

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG

BAHAN BAHAN
10 ekor sotong - dibersihkan dan disejat dalam tapis untuk keringkan airnya
4 sudu makan cili kering
sebesar ibu jari asam jawa - campur 1/4 cawan air
2 biji bawang besar - dipotong bulat

BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.

Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Masak hingga garing.


Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata dan masak hingga bawang layu.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment