SERUNDING
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan
dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging)
agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering
kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa
adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan
yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak
daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit,
ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.
RESEPI SERUNDING DAGING
BAHAN BAHAN
1 kilo daging direbus dan dicarik
halus
200 ml santan
gula melaka/gula pasir
garam
3 senduk nasi cili giling/cili
boh/cili kisar
sedikit serbuk kunyit
BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
40 g biji ketumbar
10 g jintan manis
4 batang serai
PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak di dalam
kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
Masukkan cili giling/cili boh/cili
kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan santan, daging dan
bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan
api perlahan. Hidangkan setelah masak
No comments:
Post a Comment