REMPAH
Rempah ialah bahan
perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga,
jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan
pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria
Kebanyakan bahan
ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik,
pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
RESEPI UDANG GORENG
BEREMPAH
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
1 kg udang saiz
sederhana
2 labu bawang besar
dipotong nipis
sedikit daun kari
Sedikit minyak
untuk menumis
BAHAN PERAP
3 sudu besar rempah
kari daging
1 sudu kecil kunyit
serbuk
3 sudu besar bawang
merah kisar
2 sudu besar bawang
putih kisar
Garam secukup rasa
PROSES MASAK
Udang dimasukkan
kedalam bekas dan diperap dengan bahan perap selama 30 minit
Panaskan minyak dan
tumiskan udang yang telah diperap. Goreng sehingga 3/4 masak. Angkat.
Panaskan minyak,
tumiskan bawang besar dan daun kari.. Tumis sehingga bawang menjadi kekuningan
dan wangi.
Masukkan Udang yang
digoreng tadi. Masak sehingga udang masak.
No comments:
Post a Comment