Wednesday, November 29, 2017

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT

KUNYIT
Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT


BAHAN BAHAN
300gm udang saiz sederhana
Kunyit
Garam
Bawang besar di hiris
Cili hidup dihiris

PROSES MASAK
Udang saiz sederhana dilumur garam dan kunyit


Udang digoreng hingga masak, masukkan bawang besar dan cili hidup.  Masak hingga bawang dan cili agak layu. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas panas.

No comments:

Post a Comment