KUNYIT
Kunyit (Curcuma
longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan
lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada
masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan
masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman
badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi
sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.
RESEPI UDANG GORENG
KUNYIT
BAHAN BAHAN
300gm udang saiz
sederhana
Kunyit
Garam
Bawang besar di
hiris
Cili hidup dihiris
PROSES
MASAK
Udang saiz
sederhana dilumur garam dan kunyit
Udang digoreng
hingga masak, masukkan bawang besar dan cili hidup. Masak hingga bawang dan cili agak layu.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas panas.
No comments:
Post a Comment