Thursday, November 30, 2017

RESEPI KUAH KARI MAMAK

MASAKAN INDIA
Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.

RESIPI KUAH KARI MAMAK

BAHAN BAHAN
4 sudu makan rempah kari daging FAIZA
2 sudu makan rempah kari ikan FAIZA    campur dengan sedikit air hingga menjadi pes
1 sudu makan serbuk cili                           
2 tangkai daun kari
2 kiub ayam ADABI
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan sedikit air hingga menjadi pes yang pekat
4 cawan air
Gula
Garam
3/4 cawan minyak

BAHAN TUMBUK
4 ulas bawang putih
4 biji bawang besar saiz sederhana
1 inci halia


PROSES MASAK

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan daun kari dan campuran pes kari. Tumis hingga pecah minyak.


Masukkan air. Biarkan mendidih. Masukkan kiub ayam, air asam jawa, gula dan garam. Biarkan kuah terus mendidih dan pekat.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment