Thursday, November 30, 2017

RESEPI MEE GORENG UDANG

MEE GORENG
Mi goreng (Bahasa Inggeris: mee goreng; Templat:Lang-id; kedua-dua bermaksud "mee digoreng" ialah satu hidangan terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia adalah dibuat dengan mi kuning nipis digoreng dengan bawang, udang goreng, cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya boleh didapati pada gerai mamak di Singapura dan kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia.

RESIPI MEE GORENG UDANG

BAHAN BAHAN
1 bungkus mee kuning
Isi ayam - dipotong dadu
1 mangkuk udang - saiz ikut suka
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap pekat masin
2 sudu makan kicap pekat manis
2 pokok sawi - dipotong 1 inci


BAHAN TUMBUK
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar


CARA MASAK:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan wangi.

Masukkan isi ayam dan udang. Gaul rata. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan gaul rata hingga ayam dan udang masak.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Rasa masin manisnya.

Masukkan sawi dan mee. Gaul rata hingga mee masak.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment