Friday, December 15, 2017

GULAI AYAM KAMPUNG

AYAM KAMPUNG
Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

GULAI AYAM KAMPUNG


BAHAN BAHAN
1 ekor ayam kampung
3 bunga lawang
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
4 sudu makan serbuk kari daging + sedikit air 
3 tangkai daun kari
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan pekat
2 biji kentang - dibelah 4

BAHAN DITUMBUK
2 cm halia
3 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang besar

PROSES PENYEDIAAN
Tumis rempah tumis 4 sekawan hingga wangi.  Masukkan bahan yg ditumbuk lumat, tumis hingga wangi.

Masukkan  paste rempah kari ayam dan daun kari, tumis hingga pecah minyak. 

Masukkan ayam kampung, gaul rata, masak hingga ayam layu sedikit, masukkan air asam jawa, santan pekat, gaul rata. (Jika nak kuah yg lebih, boleh tambah air lagi). 

Masukkan kentang. Didihkan hingga ayam masak dan kentang empuk.  Masukkan garam dan sedikit bahan perasa. Siap utk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment