Cempedak
merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah
Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.
Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer sinonim Artocarpus champeden
(Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.). Pokok ini berasal dari kawasan
Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung Malaysia, Brunei, Indonesia, dan pulau New
Guinea/Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak
cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak.
Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang
juga boleh dimakan.
Pokok
Cempedak jarang ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh bakteria,
iaitu Erwinia caratovora di mana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan
getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.
RESEPI CEMPEDAK
GORENG
Sebiji
cempedak
2 senduk
kecil tepung beras
1 senduk
kecil tepung gandum
1 sudu
besar tepung jagung
1 biji
telur
1 sudu
kecil serbuk kunyit
Sedikit
garam (secukup rasa)
Air
secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
1. Pastikan
belah cempedak dan keluarkan ulas-ulas isinya. Campurkan tepung beras, tepung
gandum dan tepung jagung dan taburkan serbuk garam. Gaul segala tepung bagi
sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi.
2. Kemudian
masukkan air. Agak-agak bila kita masukkan ulas cempedak tu, adunan boleh
melekat. Selepas itu masukkan serbuk
kunyi sedikit bagi adunan warna kekuningan.
No comments:
Post a Comment