Monday, December 25, 2017

RESEPI CEMPEDAK GORENG

Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.). Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung Malaysia, Brunei, Indonesia, dan pulau New Guinea/Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak. Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang juga boleh dimakan.

Pokok Cempedak jarang ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh bakteria, iaitu Erwinia caratovora di mana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.

RESEPI CEMPEDAK GORENG
BAHAN BAHAN A
Sebiji cempedak
2 senduk kecil tepung beras
1 senduk kecil tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam (secukup rasa)
Air secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
1. Pastikan belah cempedak dan keluarkan ulas-ulas isinya. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung dan taburkan serbuk garam. Gaul segala tepung bagi sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi.

2. Kemudian masukkan air. Agak-agak bila kita masukkan ulas cempedak tu, adunan boleh melekat. Selepas itu  masukkan serbuk kunyi sedikit bagi adunan warna kekuningan.

3. Bolehlah celup ulas-ulas cempedak dan kemudian goreng dalam minyak panas. Bila dah nampak kekuningan boleh angkat dan toskan.Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment