TEMPE
Tempe ialah makanan
kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa
(Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya
amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa
yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih
kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
RESEPI KACANG &
TEMPE GORENG BELACAN
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
1 keping tempe (sya
guna tempe yg dbgks dgn plastik) - potong kecil
5 batang kacang
panjang - potong 1"
1 biji bawang besar
- dimayang
2 biji bawang putih
- dimayang
2 biji cili
hijau/merah - dihiris
1 genggam ikan
bilis - bersih dan toskan
Belacan - sebesar
ibu jari
4 sb minyak masak
Garam
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak.
Goreng tempe hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang
putih, bawang besar dan ikan bilis. Kacau seketika.
Masukkan pula
cilli, belacan dan kacang panjang. Perasakan dgn garam.
Akhir sekali
masukkan tempe yg telah digoreng. Kacau
sebati sebelum diangkat.
No comments:
Post a Comment