Tuesday, December 26, 2017

RESEPI KAMBING MASAK MERAH

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI KAMBING MASAK MERAH

BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing, dipotong mengikut suka
2 batang lobak merah, dipotong mengikut suka
1 tin kecil puri tomato
1 tin kacang pis, untuk tabur
2 biji bawang besar, ditumbuk halus dan asingkan
6 biji tomato, dipotong bulat
1 tin susu cair
1 tin kecil minyak sapi
Garam secukupnya
Daun sup  Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca sedang ketumbar
1 camca teh jintan putih
10 tangkai cili merah

BAHAN-BAHAN TUMIS:
Cengkih
Pelaga
Kulit kayu manis

BAHAN-BAHAN PERAP, DIGILING:
1 labu bawang putih
3 sm halia

PROSES PENYEDIAAN

Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis, jintan, ketumbar, bawang besar, cili merah, puri tomato serta daging yang diperap bersama bahan-bahan perap. 

Masak hingga daging empuk. Masukkan lobak merah, susu cair, tomato dan garam. Kacau hingga rata. Apabila masak taburkan daun sup dan kacang pis.

No comments:

Post a Comment