DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING BEREMPAH
BAHAN BAHAN
300 gm daging
10 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
3 camca serbuk
rempah kari
1 biji kelapa (¼
cawan dibuat kerisik)
2 cm halia
1 kuntum bunga
cengkih 1 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu
manis
¼ cawan kerisik
2 sudu minyak makan
1 helai daun limau
purut
Garam
PROSES PENYEDIAAN
Daging dicuci &
potong ikut suka. Tumbuk halia & gaul
bersama daging. Bawang merah & putih dimayang halus.
Panaskan minyak &
tumiskan bawang, cengkih, bungalawang & kayu
manis. Bila bawang kuning,
masukkan rempah,
daging & santan cair.
Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati
santan. Masak sampai pekat. Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil
di kacau supaya jangan hangus.
No comments:
Post a Comment