DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING CINCANG LADA
HITAM
BAHAN BAHAN
3 Ulas Bawang Merah
(Dimayang)
2 Ulas Bawang Putih
(Dimayang)
3 Sudu SOs Cili
1 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Kicap
Garam
Sedikit Serbuk
Perasa
Sedikit air
Minyak untuk
menumis Bahan Perap:
2 Cawan daging yang
telah dicincang halus
3 Sudu Serbuk Lada
Hitam
1 Sudu Serbuk Lada
Putih
PROSES PENYEDIAAN
Daging diperap
bersama serbuk lada hitam dan putih dan diketepikan.
Kemudian panaskan
minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang, setelah
naik bau, masukkan daging yang telah diperap dan sedikit air, sos cili,sos
tiram, kicap garam dan serbuk perasa.
Ratakan diatas api
dan biarkan air daging itu sedikit kering dan siap dihidang.
No comments:
Post a Comment