DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING CINCANG
GORENG BERBENDIR
BAHAN BAHAN
4 ulas bawang putih
6 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 camca teh belacan
4 sudu besar minyak
sayuran
250 gm daging
cincang
300 gm bendir
1 biji lada
Benggala
2 sudu besar kicap
cair
1 camca teh gula
PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk lumat bawang
merah, bawang putih, cili merah dan belacan.
Panaskan minyak dan
tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging cincang.
Masukkan bendir,
lada Benggala, kicap cair dan gula. Goreng hingga sayuran masak.
No comments:
Post a Comment