Tuesday, December 26, 2017

RESEPI GULAI PISANG ABU

Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan.

Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.

Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas.

RESEPI GULAI PISANG ABU
BAHAN BAHAN
300 gm udang
1.5 cm kunyit hidup
10 biji pisang abu muda
10 biji cili kering
1 biji kelapa
1 sudu besar minyak 1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
1. Buang kulit pisang dan potong serong-serong setebal 1 cm. Rendam di dalam air garam. 

2. Tumbuk atau ketumbar, lada hitam, jintan manis, cili kering, bawang putih dan kunyit hidup. Goreng 1 sudu besar kelapa parut.Tumbuk sehingga lumat. 

3. Jerang rempah-rempah yang telah di mesin dengan kemancar santan dan kerisik. Masukkan pisang, garam dan udang. Kacau hingga pisang empuk. Masukkan pati santan dan kacau lagi.

4. Apabila mendidih angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dimayang dan jintan manis. 

5. Apabila kuning kaut dan masukkan ke dalam masakan. Tutup tudung periuk supaya bau wangi terperangkap.

No comments:

Post a Comment