Belut
(Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang
tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan
400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa
Belut tinggal di
dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan
air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m
bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.
RESEPI BELUT MASAK
PAPRIK
BAHAN BAHAN
400 gm ikan Belut - bersihkan, cuci dan toskan
Kacang panjang/bunga kobis/carrot/tomato - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang besar - dipotong baji
1/2 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
6 ulas cili padi - diketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
Garam secukup rasa (jika perlu)
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
Satu cawan air (jika suka berkuah)
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.Masukkan belut dan gaul rata.
Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
Rasakan kuah, kalau kurang masin je baru tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin). Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment