Wednesday, January 17, 2018

IKAN JENAHAK BERLADA

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN JENAHAK BERLADA

BAHAN BAHAN
seekor ikan jenahak(sederhana besar)
Halia
Cili giling
Tepung jagung
Sebiji telur        
Bawang putih(dihiris)
Bawang merah(dihiris)
Garam
Sedikit serbuk perasa

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan ikan.Sapukan dengan putih telur dan di tabur sedikit putih telur,garam dan sedikit tepung jagung.Goreng garing.

UNTUK SOS
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah serta halia.Masukan cili.Biarkan seketika.Masukan garam dan serbuk perasa atau gula.biar mendidih.Tuang kuah pada ikan.

No comments:

Post a Comment