IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN JENAHAK SWEET
& SOUR
BAHAN BAHAN
Ikan Jenahak yang
dibuang tulang - potong kiub.
1 biji cili bengala
- hijau (dipotong dadu)
1 biji cili bengala
- kuning (dipotong dadu)
tepung jagung
minyak masak
minyak bijan
lada sulah
maggi chicken
granules
2 biji tomato
halia
bawang besar - 1
biji (dipotong dadu)
bawang putih - 3
ulas (dicincang)
halia - 3cm
(dipotong halus)
sos tomato -
setengah cawan
sos tiram - 1 sudu
besar
sos cili - 1 sudu
besar
cuka - 1 sudu besar
PROSES PENYEDIAAN
1. Perapkan isi ikan
dgn tepung jagung + lada sulah selama 5 minit.
2. Goreng dengan
minyak yang banyak, dan angkat bila warna bertukar ke kuning keemasan.
3. Tumis bawang besar
+ bawang putih + halia.
4. Masukkan tomato,
dan goreng sehingga tomato masak betul - berkuah.
5. masukkan cili
benggala (hijau + kuning)
6. Tambahkan sedikit
air utk melembutkan cili benggala tersebut.
7. Masukkan sos tiram
+ sos tomato + sos cili + cuka + maggi chicken granules + garam + gula secukup rasa.
8. Akhir sekali,
masukkan ikan yang telah digoreng tadi, dan percikkan dengan minyak bijan dan
padamkan api.
No comments:
Post a Comment