IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN MASAK RENDANG
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan ntok
nyok digaul dgn garam & kunyit
2 senduk cuka makan
1 sudu teh biji
sawi
10 biji cili hijau
1 senduk minyak
untuk menumis
2 cawan air
Garam
Gula
Bahan mayang:
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 cm halia
5 tangkai serai
PROSES PENYEDIAAN
Ikan digoreng garing
lalu toskan minyak.
Tumiskan bahan mayang
hingga agak kuning lalu masukkan biji sawi. Kacau sebentar hingga wangi tapi
jangan garing.
Masukkan cuka dan air
hingga didih.
Masukkan ikan, garam
& gula secukup rasa. Biar mendidih sebentar.
Akhir sekali masukkan
cili hijau.
No comments:
Post a Comment