Monday, January 15, 2018

IKAN MASAK AMPAP

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN MASAK AMPAP
BAHAN BAHAN
1 kilo ikan tongkol/kayu/basung
Halia sebesar ibu jari
Cili boh satu sudu besar
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 3
ulas  Serai 2 batang
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Garam
Ajinomoto
3 keping asam

PROSES PENYEDIAAN
Halia, kunyit, bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat.

Kemudian, campurkan cili boh, asam keping dan serai.

Ikan yang telah dibersih, dicampur dengan bahan yang ditumbuk lumat. Terus diperap bersama garam dan sedikit ajinomoto sehingga meresap.

Masukkan ikan ke dalam periuk kemudian rebus sehingga hampir kering.



No comments:

Post a Comment