Ikan ialah
makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia
yang penting pada sepanjang sejarah tercatat. Perkataan "ikan" dalam
bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan
daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam
sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang
disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan
pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis
tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk
kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di
dalam menu
RESEPI
IKAN SINGGANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN
4 potong ikan tongkol atau kembong
3 biji bawang putih (dihiris)
Sedikit lengkuas (diketuk)
Garam dan serbuk perasa
2 biji cili hijau besar
4 biji bendi
Sedikit asam keping
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan bawang putih dan lengkuas dalam periuk bersama sedikit
air sebagai kuah.
Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, cili hijau dan bendi.
Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
No comments:
Post a Comment