DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan
daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia
di kebanyakan negara.
RESEPI ASAM PEDAS DAGING MELAKA
BAHAN BAHAN
A
Bahan A :Ditumis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
(keluarkan sedikit bwg untuk ditumis)
5 biji halba
1 biji bunga lawang
3 cm halia
BAHAN B: DITUMBUK
¼ sudu teh jintan
manis
¼ sudu teh jintan
putih
3 cm belacan
1 cm kunyit hidup/½
sudu serbuk kunyit
5 btg cili
½ sudu serbuk kari
2-3 helai daun
limau purut
3 sudu minyak masak
3 cm lengkuas
2 btg serai
½ kilo daging
2 cawan asam jawa
Garam
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan daging
dan rebus sehingga empuk.
Panaskan minyak. Cili yg telah dikisar hendaklah
dicampur dgn bahan yg telah ditumbuk beserta serbuk kari.
Tumis bahan A. Masukkan
bahan B dan kacau hingga garing.Masukkan daun limau purut. Masukkan daging
beserta air rebusannya sekali.Setelah mendidih, masukkan lengkuas dan
serai.
Kemudian masukkan air asam jawa.Setelah mendidih masukkan garam.
No comments:
Post a Comment