DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan
daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia
di kebanyakan negara.
RESEPI ACAR DAGING
BAHAN BAHAN
½ kg daging
(dipotong nipis)
5 tangkai cili
hidup
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu
jari
2 camca kecil gula
1 camca besar asam
jawa
1 camca besar kicap 15 tangkai cili kering
20 ulas bawang
merah atau 6 labu bawang besar
Lengkuas sebesar
ibu jari
3 labu bawang besar
(dimayang)
2 camca kecil garam
1 camca besar cuka
5 camca besar
minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
Mesinkan semua
bahan diatas dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan daging dan air. Bila daging
empuk, masukkan cuka, kicap, air asam jawa dan bawang besar. Masak hingga
kering dan hiaslah sesuka hati.
No comments:
Post a Comment