DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan
daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia
di kebanyakan negara.
RESEPI BERGEDIL DAGING
BAHAN BAHAN
500 gm daging
cincang
5 biji ubi kentang
1 camca teh serbuk
lada hitam
2 biji telur
Garam secukupnya
Minyak untuk
menggoreng Bahan-bahan dimayang:
4 tangkai daun
bawang
4 tangkai daun
saderi
4 biji bawang merah
PROSES PENYEDIAAN
Rebus kentang dan
dilecek lumat. Gaul semua bahan kecuali minyak dan telur hingga rata.
Bulat-bulatkan dan leperkan. Celup dalam telur yang dipukul dan goreng.
No comments:
Post a Comment