DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan
daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia
di kebanyakan negara.
RESEPI BIFSTIK DAGING
BAHAN BAHAN
600 gm daging
kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang,
dihiris dan digoreng
2 batang lobak
merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang
pis
2 camca sedang
kicap pekat
2 biji tomato,
dibelah empat
3 biji bawang
besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri
tomato
5 tangkai cili
hijau, dibelah dua
2 camca sedang
minyak sapi
Air untuk
mengempukkan daging
Garam secukupnya Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih
BAHAN-BAHAN DIGILING LUMAT:
1 camca teh lada
putih
1 biji bawang besar
1 camca teh jintan
manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia
PROSES PENYEDIAAN
Daging digaul
bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam
kuali.
Tumis bawang besar
hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk
baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang
pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.
No comments:
Post a Comment