BUBUR
Bubur nasi adalah
sejenis bubur yang popular di kebanyakan negara Asia. Apabila dimakan sebagai
bubur nasi biasa, ia paling sering dihidangkan dengan hidangan sampingan atau
lauk. Apabila bahan-bahan tambahan, seperti daging, ikan, dan perasa, ditambah
semasa penyediaan bubur nasi, ia adalah yang paling sering disaji sebagai
makanan tersendiri, terutama bagi orang yang sakit. Nama-nama untuk bubur nasi
adalah pelbagai mengikut gaya penyediaannya. Walaupun banyak variasi, ia
biasanya merujuk bubur nasi yang pekat selepas sebahagian besarnya hancur
akibat dimasak lama di dalam air.
RESEPI BUBUR ASYURA
BAHAN BAHAN
1 kg beras
200gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil
serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula
melaka
10 ulas bawang
merah-dimayang
5 ulas bawang
putih-dimayang
1 inci
halia-dimayang 500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah
kurma,kari
2 liter air
PROSES PENYEDIAAN
1.masak nasi
sehingga pecah. Kacau sentiasa.
2.masukkan kacang
hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang
3.masukkan bawang,
kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi. Masukkan gula melaka
dan gula
5.akhir sekali
masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat
6.sejuk adunan
dalam dulang berlapik daun pisang.
No comments:
Post a Comment