CUCUR
Kuih jemput-jemput
atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan
gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.[1]
Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa
tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz
sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini
adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
RESEPI CUCUR SOSEJ
BAHAN BAHAN
600 g tepung gandum
4 biji kentang
8-10 batang sosej
ayam/daging
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
daun bawang dan sup
garam
rempah kari(jika
suka)
air secukupnya
minyak untuk
menggoreng
PROSES PENYEDIAAN
Kentang di hiris
seperti "fries" tetapi kecil dan nipis atau di parut kasar. Sosej
dipotong serong ,tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis
Bawang besar dicincang,
bawang putih tumbuk halus. Gaul tepung, garam, kentang, bawang dan garlic
bersama air hingga mendapat adunan yang lembut seperti membuat cucur biasa.
masukkan daun bawang dan sup dan gaul rata
Jika suka boleh
ditambah sesudu rempah kari dan digaul rata . Goreng dalam minyak yang telah
dipanaskan hingga garing
No comments:
Post a Comment