DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
BAHAN BAHAN
600 gm daging
(dihiris nipis)
1 sudu rempah lima
1 sudu minyak bijan
1 sudu minyak masak
1 inci halia
(dihiris)
3 ulas bawang putih
(dihiris)
Daun Kucai
(Sup)/Spring Onion
1 sudu kecil tepung
jagung
Sedikit Air, Kicap
Cair, Kicap Pekat
Gula dan sedikit
garam (jika perlu)
PROSES PENYEDIAAN
Daging dihiris
nipis dan perap dengan rempah lima, halia dan bawang putih selama 1/2 jam.
Panaskan minyak
masak dan minyak bijan.
Masukkan daging dan
gaul hingga air keluar daripada daging tersebut. Kemudian bubuh kicap cair dan
pekat, gula dan garam jika perlu. Setelah daging hampir masak masukkan tepung
jagung yang dicampurkan dengan sedikit air. Setelah kuah pekat masukkan daun
sup/spring onion dan gaul sekejap dan barulah diangkat.
No comments:
Post a Comment