Kari ialah nama untuk
berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka,
Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan
Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan
salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat
"Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh
penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian,
hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian
dalam bahasa asli masing-masing di sana.
- 1 ekor Sotong Rendam
- 1 peket kecil Serbuk Kari Ikan
- 4 ulas Bawang Merah
- 2 ulas Bawang Putih
- 1 inci Halia
- ½ inci Lengkuas
- 2 batang serai
- Sedikit kacang tanah tumbuk
- Sedikit minyak masak
- Sedikit air
PROSES PENYEDIAAN
- Potong sotong rendam berbentuk segiempat tepat. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Titikkan serai dan tumis bersama bahan-bahan yg dikisar.
- Setelah bahan tumisan wangi, masukkan serbuk kari ikan yg telah dilarutkan sedikit dengan air. Masak sehingga minyak pecah dan seleaps itu masukkan sotong yg telah dipotong.
- Gaulkan sehingga masak dan masukkan kacang tanah tumbuk. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
No comments:
Post a Comment