Monday, December 25, 2017

RESEPI AYAM MASAK SAMBAL

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI AYAM MASAK SAMBAL
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
2 batang serai(diketuk)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)  bahan dikisar

20 tangkai cili kering
3 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia

PROSES PENYEDIAAN
1. Ayam dipotong kecil,dicuci dan digaul bersama garam dan kunyit.

2. kemudian goreng ayam separuh masak.sementara itu panaskan minyak tumis bahan yang dikisar bersama serai yang telah diketuk tadi sehingga cili benar-benar masak.

3. setelah cili masak masukkan bawang besar,ayam yang telah digoreng,garam dan gula secukup rasa.sedia dinikmati seisi keluarga...

No comments:

Post a Comment