Kek cawan
(Bahasa Inggeris: cupcake, fairy cake) ialah kek kecil yang disediakan untuk
seorang dan biasanya diletakkan dalam cawan kertas. Seperti kek besar yang
lainya, aising dan lain-lain hiasan, seperti taburan diletakkan bersama kek.
Kek ini
selalunya disediakan semasa berlangsungnya suatu sambutan, seperti majlis hari
jadi. Kek cawan adalah pilihan mudah bagi kek kerana ia tidak memerlukan
pinggan, perkakasan, atau membahagikanya kepada beberapa bahagian kerana
saiznya yang agak kecil. Kek cawan yang pertama, dicipta pada awal tahun
1800-an.
Kek cawan
biasa selalunya dibuat menggunakan bahan yang sama seperti kek biasa yang mana
mengunakan bahan seperti mentega, gula, telur dan tepung.atau dengan kuah
berempah (Terengganu).
BAHAN
BAHAN A
150 gram
mentega
1 cawan
gula kastor
1 sudu
kecil esen vanilla
BAHAN BAHAN B
2 biji
telur
BAHAN C
1 1/2
cawan all purpose flour
1/2 sudu
besar baking powder
BAHAN D
100 ml
santan
50 gram
susu
3 sudu
besar extract pandan
Pewarna
hijau
PROSES PENYEDIAAN
Putar semua bahan A dengan kelajuan sederhana sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu
sambil terus diputar. Masukkan bahan C dan bahan D secara berselang seli. Kacau
secara kaup balik sehingga rata.
Masukkan
ke dalam kertas cawan saiz 10 (boleh dapat 20 biji). Panaskan oven pada suhu
170C dan bakar selama 25-27 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan
sejukkan atas rak.
No comments:
Post a Comment