Tuesday, November 21, 2017

RESEPI HATI LEMBU MASAK UNGKEP BERKERISIK

Kerisik ialah sejenis rempah yang dibuat daripada kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai-kedai runcit. Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional seperti rendang dan laksa; penggunaannya amat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan Singapura.

BAHAN BAHAN
500 gram hati lembu dipotong ikut suka
air asam jawa secukupnya
garam dan manisan secukupnya
11/2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut (saya suka-suka letak)
15 biji cili api sebiji-sebiji

BAHAN KISAR
3 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1/2 lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu kecil jintan kasar
1/2 sudu kecil jintan halus

PROSES MASAK
Gaulkan bahan-bahan yang dikisar, air asam, garam dan manisan pada hirisan hati lembu tadi. Perap selama mana yang diingini

Panaskan minyak dan tumiskan perapan hati. Kacau. Masukkan daun limau purut dan cili api

Kacau lagi dan masukkan kerisik ketika hati hampir masak. Gaul sebati.

Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment