Sunday, November 19, 2017

RESEPI TELUR GORENG KICAP

BAHAN BAHAN
6 biji telur
1 biji bawang merah - dipotong membulat
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang-diracik halus

BAHAN SOS
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos nampla/sos ikan Thai
Sedikit air

Bahan-bahan sos ini boleh ditambah atau kurang ikut pada selera masing-masing

CARA MEMASAK
Goreng dulu telur sebiji demi sebiji ketepikan . Kupas semua bawang dan diracik halus.

Panaskan minyak yang secukupnya dan tumis semua bawang serta dikacau sampai terbit bau wangi. Masukkan semua bahan-bahan sos, bawang besar dan kacau sebentar kemudian masukkan sedikit air serta biarkan kuah sampai hampir mendidih. 

Masukkan semua telur goreng dan kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah kicap lagi atau garam .

No comments:

Post a Comment