Tuesday, November 21, 2017

RESEPI SAMBAL GORENG KICAP GARING

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN BAHAN
2 keping tempe dipotong kecil-kecil dan digoreng garing
2 biji kentang saiz besar dipotong kecil-kecil dan digoreng garing
2 keping tauhu saiz sederhana dipotong kecil-kecil dan digoreng
secekak suhun direndam
secekak fucuk @ tauhu kering direndam dan dipotong ikut suka
3 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
3 biji cili merah dihiris
kicap masin secukupnya
sedikit gula

PROSES MASAK
Tumis bahan-bahan yang dihiris hingga agak garing, masukkan kicap masin dan gula. Kacau sebati

Masukkan bahan-bahan yang digoreng dan kacau lagi.

Masukkan suhun dan fucuk dan gaul sebati.

No comments:

Post a Comment