Masak lemak
ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam
pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara
iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak
lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis
makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak
dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis
yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air
BAHAN
BAHAN
500 gram
ikan kaci dipotong ikut suka
1/2 biji
nenas saiz sederhana dikupas dan dihiris ikut suka
9 biji
cili api hijau sederhana besar dikisar
5 biji
bawang merah dikisar
1 biji
bawang putih dikisar
1/2 inci
halia dikisar
1 inci
kunyit hidup dikisar
sedikit
belacan dikisar
3 keping
asam gelugur ( direndam dahulu )
200 ml
santan kotak biru ayam brands
5 batang
serai dititik
gula dan
garam secukupnya
PROSES MASAK
Tumiskan
bahan-bahan kisar dan serai yang dititik hingga naik bau. Masukkan asam keping
dan kacau lagi.
Masukkan
garam dan gula secukupnya. Bila sudah sebati, masukkan pula ikan yang telah
dipotong-potong tadi. Gaul mesra. Masukkan air paras-paras ikan tadi.
Bila kuah
sudah mulai mendidih masukkan santan dan nenas.
Tunggu
hingga mendidih sekali lagi baru tutup api. Sambil menunggu lauk mendidih, kuah
hendaklah dikacau sekejap-sekejap.
No comments:
Post a Comment