Sunday, November 19, 2017

RESEPI NASI LEMAK SAMBAL UDANG

NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di temui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara.

Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di perkenalkan oleh pekerja dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.

RESEPI NASI LEMAK SAMBAL UDANG
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
3 cawan beras
3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
2 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis. Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan, masukkan serai, halia , biji lada hitam, bawang merah dan daun pandan serta garam.

Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .


SAMBAL UDANG
BAHAN-BAHAN
1 kilo udang sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
2 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR
10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK
Udang di bersihkan kemudian ditos dan ketepikan dulu.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .


Masukkan udang, bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . 

No comments:

Post a Comment