Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam
order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu
dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
300 gram sotong kering ( rendam selama 2
- 3 jam seblm masak)
1 biji bawang besar - dipotong
nipis-nipis
1 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil asam jawa segera
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
10 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
sampai naik bau, kemudian masukkan sos cili, gula, asam jawa, sos tiram dan
terus kacau kuah sampai mendidih.
Masukkan sotong, bawang besar, garam
dan terus mengacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air.Kacau lagi
sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.
No comments:
Post a Comment