Sunday, November 19, 2017

RESEPI PUCUK PEGAGA MASAK LEMAK

Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris: pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica 

BAHAN BAHAN
Pucuk pegaga-dibersihkan buang akar
Segenggam ikan bilis-dibasuh
3 cawan santan pekat
1 serai-dititik
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR
10 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan pucuk pegaga dan kacau serta biarkan samapai kuah mendidih dan pucuk pegaga masak .

No comments:

Post a Comment