SIPUT KAHANGA
Siput kahanga termasuk dalam keluarga siput gonggong dan banyak terdapat di perairan negeri Sabah. Siput yang berduri tetapi isi enak dimakan dan menjadi santapan dalam pelbagai menu masakan bertumis, masak lemak, rebus, kerabu, sambal dan lain lain masakan.
Siput
gongong, atau nama saintifiknya Laevistrombus canarium atau juga dikenali
sebagai sinonim Strombus canarium, merupakan spesies siput boleh dimakan ,
moluska gastropod laut dalam keluarga Strombidae, konch sebenar. Spesies
Indo-Pasifik, L. canarium hidup di dasar berlumpur dan berpasir, meragut algae
dan detritus. Cengkerang individual dewasa bewarna perang muda hingga keemasan
dan kelabu. Ia memiliki ciri gelung badan kembung, bibir kuar cengkerang
gastropod tebal melebar, dan stromboid notch tirus. Sungguhpun ia dianggap
bernilai sebagai hiasan, disebabkan kulitnya yang tebal dan padat, ia sering
digunakan sebagai pemberat bagi jala ikan.
BAHAN BAHAN
400gm isi kahanga gram
2 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
2 biji lada merah
4 tangkai kacang panjang (optional)
4 tangkai daun kesum
4 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
5 sudu besar sos ikan
7-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
limau
Garam dan gula secukup rasa.
PROSES PENYEDIAAN
Potong
dan hiris nipis-nipis isi siput kahanga mengikut citarasa anda. Setelah itu
celur kahangatersebut dengan seketika mengunakan air panas dan kemudian toskan.
Semua bahan-bahan kerabu juga turut dihiris nipis-nipis.
Masukkan
kahanga yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Masukkan air
perahan limau, garam dan gula secukup rasa ke dalam mangkuk yang ada
bahan-bahan tadi dan digaul hingga sebati.
Siap
untuk dihidangkan dan anda pasti terangkat bila memakannya.
No comments:
Post a Comment