Thursday, December 21, 2017

RESEPI SIPUT KAANGA MASAK KICAP

Siput kahanga termasuk dalam keluarga siput gonggong dan banyak terdapat di perairan negeri Sabah. Siput yang berduri tetapi isi enak dimakan dan menjadi santapan dalam pelbagai menu masakan bertumis, masak lemak, rebus, kerabu, sambal dan lain lain masakan.
Siput gongong, atau nama saintifiknya Laevistrombus canarium atau juga dikenali sebagai sinonim Strombus canarium, merupakan spesies siput boleh dimakan , moluska gastropod laut dalam keluarga Strombidae, konch sebenar. Spesies Indo-Pasifik, L. canarium hidup di dasar berlumpur dan berpasir, meragut algae dan detritus. Cengkerang individual dewasa bewarna perang muda hingga keemasan dan kelabu. Ia memiliki ciri gelung badan kembung, bibir kuar cengkerang gastropod tebal melebar, dan stromboid notch tirus. Sungguhpun ia dianggap bernilai sebagai hiasan, disebabkan kulitnya yang tebal dan padat, ia sering digunakan sebagai pemberat bagi jala ikan.



RESEPI SIPUT KAANGA MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
  • 500gm isi siput Kahanga
  • 2 biji bawang merah besar (potong bulat)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 1 batang cili merah (hiris)
  • 7 batang cili padi - hiris
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2sb sos tiram
  • 1sb sos cili
  • 1sk gula
  • garam secukup rasa (hati-hati sebab sos tiram tu dah masin)
  • sedikit daun sup (hiris halus)

PROSES PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga layu dan berbau wangi.
  • Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Gaul rata. Jika suka kuah agak cair dan banyak, sila tambah sedikit air. 
  • Tambah gula dan garam secukup rasa. Gaul seketika.
  • Masukkan Siput Kahanga, gaul rata. 
  • Masukkan daun sup, kacau sekejap dan tutup api,siap

No comments:

Post a Comment