UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK PETAI
BAHAN BAHAN
Seikat petai - diambil isinya dan dibelah dua
300gm Udang galah
6 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong
kasar
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 keping asam gelugor
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang
dihiris halus hingga wangi dan kekuningan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga
pecah minyak dan cili agak garing.
Masukkan petai. Kacau sebentar. Masukkan
santan, air dan asam gelugor. Biarkan mendidih. Masukkan udang dan bawang besar
yang dipotong kasar. Masukkan garam dan
sedikit serbuk perasa.
No comments:
Post a Comment