Ikan Haruan ialah
sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan
tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau
Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan
Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies
ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan
empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu
keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa
menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang
cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak
perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati
di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat
kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
RESEPI IKAN HARUAN
GORENG BERLADA
BAHAN
BAHAN
1 Ekor ikan haruan
saiz 1kg.
4 Ulas bawang
putih-ditumbuk.
2 Biji bawang
besar-ditumbuk.
5 Biji cili
merah-ditumbuk.
5 Biji cili padi-
ditumbuk (tambah jika nak pedas)
Sedikit air asam
jawa.
Gula.
Garam.
Minyak masak.
Serbuk Kunyit.
PROSES MASAK
Gaulkan ikan dengan
garam dan sebuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga
garing. Dah siap angkat dah toskan minyaknya. Susun dalam pinggan.
Bawang putih,
bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut
mana yang selesa. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga
masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.
Setelah itu,
masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti. Kemudian,
masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api. Tuangkan
sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment